NAMA KURSUS: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
KOD: DUA 2012
TAJUK:
FAKTA-FAKTA SAINTIFIK YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN & AL-HADIS
NAMA PENSYARAH: PUAN RINA FAKHIZAN BT. MOHD SUKRI
KELAS: DKM 2B
SESI DIS 2015
NAMA
|
NO. PENDAFTARAN
|
MUHAMMAD ZULHELMI B. ZAINNAL ABIDIN
|
02DKM15F1018
|
MUHD NAJMI B. JAMALUDIN
|
02DKM15F1021
|
MOHAMAD FITRI B. ASNAWI
|
02DKM15F1028
|
MUHAMMAD ZULAIKA B. IBRAHIM
|
02DKM15F1137
|
AL-QAYYUM PUTRA B. SHAHROM
|
02DKM15F1029
|
Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam
" WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN "
Topik ini menjelaskan kedudukan sains serta fakta-fakta
saintifik yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis.
Hasil Pembelajaran :
1.0 : Menerangkan al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber
sains, teknologi dan kejuruteraan.
1.1 Memahami wahyu sebagai sumber sains,
teknologi dan kejuruteraan.
1.1.1 Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam.
1.1.2 Menerangkan peranan wahyu menurut Islam.
1.1.3 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang
sains teknologi dan kejuruteraan.
1.2 Menjelaskan fakta-fakta
saintifik dalam al-Quran dan al-Hadith.
1.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran.
1.2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith.
TOPIK : WAHYU SEBAGAI SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
|
Menerangkan Al-Quran dan Al-Hadith Sebagai
Sumber Sains, Teknologi dan Kejuruteraan
|
2.1.1 Menjelaskan pengertian wahyu menurut
Islam
Bil
|
Aspek Bahasa
|
Aspek Keilmuan Islam
|
1
|
Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan oleh Allah swt kepada
orang pilihan-Nya dan ia merupakan hidayah dan ilmu (yang diberi) secara
rahsia dan tersembunyi bukan diperoleh melalui cara biasa.
|
Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan kepada nabi dan
rasul-Nya, melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bentuk yang bertulis [وحي متلو] atau yang tidak
bertulis
[ وحي
غير متلو] yang mengandungi syariat bagi mengurus kehidupan manusia.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai
Muhammad) sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan
nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada
Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi
keturunannya dan nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan
Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur”
(Surah an-Nisa: 163)
|
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :
“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai
Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan
kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada
orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak
mengetahui”
(Surah
An-Nahl:43)
Daripada ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah
menerangkan bahawa semua para rasul dan nabi menerima wahyu daripada Allah SWT
secara langsung.
2.1.2 Menerangkan Peranan Wahyu Menurut Islam
Peranan al-Quran dan dalam Sains Teknologi dan
Kejuruteraan Islam.
Definisi Al-Quran :
Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi mukjizat
kepada Nabi Muhammad dan ditulis dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir
dan membacanya merupakan ibadat. Isi kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000
ayat yang membincangkan perkara-perkara mengenai soal kepercayaan atau akidah,
asas dan bimbingan akhlak manusia, asas sususnan ekonomi, asas politik dan asas
ilmu pengetahuan. (Ab Aziz Ismail, 2008:45)
Bil
|
Peranan
|
Huraian
|
1
|
Menjelaskan Aqidah Islam
|
- Wahyu Allah SWT diturunkan
bagi menjelaskan maksud aqidah, peranannya dalam kehidupan, faktor-faktor
naik turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh merosakkan akidah.
- Firman Allah SWT yang
bermaksud :
“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah
mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian ia akan mengembalikannya
(hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah
bagi Allah.
(Surah Al-Ankabut: 19)
|
2
|
Menerangkan Syariat Islam
|
- Wahyu yang diturunkan oleh
Allah adalah sebagai menjelaskan hukum syariat dalam sesuatu kehidupan
manusia.
- Sebagai penjelas kepada
syariat dan panduan dalam pelaksanaan tersebut.
- Al-Qur’an diturunkan bagi
memastikan syariat difahami oleh manusia dari aspek maksud dan pelaksanaannya
|
3
|
Menghuraikan Akhlak Islam
|
- Wahyu Allah menjelaskan
berkenaan dengan panduan akhlak sebagai seorang muslim.
- Semua cara kehidupan
manusia juga terkandung dalam ayat al-Quran.
- Antara akhlak yang wajib
dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah.
- Lihatlah apa yang berlaku
pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai
amanah dan agama.
- Sebagai contoh, bidang
bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai
kejuruteraan genetik (genetic engineering).
- Teknologi ini mampu
memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang
lain.
- Walau bagaimanapun untuk
berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada
spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan
kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta
penyakit baru yang mampu membunuh manusia.
|
4
|
Menjadi panduan hidup manusia dalam mengurus dunia
|
- Dalam Al-Quran juga
menjelaskan panduan hidup manusia dalam mengurus sesuatu dunia.
- Urusan hidup manusia
yang meliputi emosi, rohani, aqli, jasadi dan nafsu hanya mampu diatur
mengikut acuan Allah hanya melalui panduan al-Qur’an
|
5
|
Menegakkan keadilan
|
- Dalam ayat Al-Quran
juga menerangkan mengenai keadilan yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan.
- Keadilan ini sangat dituntut
dalam Islam untuk melahirkan umat yang berakhlak.
|
2.1.3 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang
Sains Teknologi dan Kejuruteraan
1) Peranan al-Quran dalam Sains dan Teknologi
Bil
|
Wahyu Sumber Bidang Sains Teknologi & Kejuruteraan
|
Huraian
|
1
|
Garis panduan kepada saintis dalam melaksanakan sesuatu
ujikaji
|
Ø Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi’i.
Ø Mengajak manusia supaya menggunakan akal
fikiran dan mata hati untuk berfikir.
Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :-
1) Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah :
17-20
Maksudnya:
“Mengapa mereka yang kafir masih Mengingkari akhirat)
tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan
keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?(18) Dan keadaan
gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana ia
dihamparkan?” (20)
(Surah Al-Ghasiah :17-20)
2) Firman Allah dalam Surah
Al-Ankabut :19
Maksudnya :
“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah
mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya
(hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang
demikian itu amatlah mudah bagi Allah”.
3) Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d
: 3 – 4
Maksudnya :
“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan
menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang
mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan:
dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya
semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu)
berfikir. (3)
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas,
dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta
sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia
jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam
silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan
Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.(4)”
|
2
|
Kitab yang menjadi sumber pelbagai cabang sains / teknologi.
|
Ø Sifat al-Quran sebagai petunjuk dan
rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang dan
cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.
Ø Bukti-bukti ayat-auat al-Quran antaranya :-
1) Firman
Allah dalam Surah Rum ayat 22 :
(Surah ar-Rum : 22)
2) Firman
Allah dalam surah An-Nahl : 11
Maksud ayat :
“Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu
tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga
dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu
tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir”.
3) Firman
Allah dalam Surah Ibrahim ayat 21-22 :
Maksud ayat :
“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan
menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu
buah-buhan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan
kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya
juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).
Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk
kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi
faedah hidup kamu”.
|
3
|
Menggalakkan pembangunan teknologi.
|
Ø Memberi galakan dalam membina teknologi.
Ø Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan
teknologi semasa.
Ø Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :
1) Firman Allah dalam Surah
al-Anfal ayat 60:
Maksud ayat :
“Dan sediakakanlah untuk menentang mereka (musuh yang
menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari
pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan
persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari
mereka yang kamu tidak mengentahuinya sedangkan Allah mengetahuinya dan apa
sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya
kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
(Surah al-Anfal:60)
2) Firman Allah dalam Surah
Al-Anbiya’ ayat 80:
Maksud ayat :
“Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi
untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu,
maka adakah kamu sentiasa bersyukur?”
3) Firman
Allah dalam surah al-Mukminun ayat 27:
Maksud ayat :
“Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera
dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang
cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan
mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan
taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis
haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu)
kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka
(disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk
menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan
dengan taufan sehingga mati lemas.”
|
4
|
Panduan dalam penggunaan teknologi
|
Ø Al-Quran memberi garis panduan dan penggunaan teknologi
bagi membangunkan alam.
Ø Untuk membangunkan alam mestilah berbentuk yang
tidak merosakkan dan memusnahkan alam dan juga memusnahkan nilai akhlak
manusia.
1) Ayat al-Quran yang berkaitan adalah
dalam Surah Rum:41
Terjemahannya : “Telah timbul berbagai kerosakan dan
bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh
tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
|
5
|
Menjadikan sains teknologi dan kejuruteraan mencapai fakta
dan bukti ke arah kebenaran
|
Ø Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu
kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan kepada sains, teknologi dan kejuruteraan
Islam.
Ø Membuktikan akan fakta-fakta yang dapat
mencapai sesuatu kea rah kebenaran sesuatu perkara dan kejadian.
Ø Dapat mengaitkan sains, teknologi dan
kejuruteraan dalam al-Quran dengan fakta sains hari ini.
Ø Mengenai Teori Ledakan Besar (The Big
Bang Teory). Ada yang percaya kepada ‘teori keadaan yang tidak
berubah’ (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti purbakala,
tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran dan kata-kata Allah
sendiri.
Ø Bukti-bukti ayat al-Quran antaranya:
1) Firman Allah dalam surah Yaasin ayat
82:
Terjemahan :
“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia
menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:
" Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.”
|
2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik
dalam al-Quran dan al-Hadis
1) Menjelaskan fakta-fakta tentang alam tabi’i
a. Proses kejadian alam tabi’i.
i. Allah
telah menjelaskan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara yang tidak dapat
difikirkan oleh manusia melalui wahyu.
ii. Istilah-istilah
yang sering diguna pakai untuk alam tabi’i adalah kosmos / cosmos yang
bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan.
iii. Kosmos
juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan istilah kosmos
dalam islam meliputi makhluk rohaniah yang tidak dapat dikaji menerusi
pengajian saintifik dan emrprikal.
iv. Ilmu
kosmos atau kosmologi lahir kerana membicarakan tentang
asal-usul alam, struktur atau perlembagaan alam, penciptaan dan kesudahan alam
serta matlamat penciptaan alam.
v. Ilmu
kosmologi dalam Islam adalah mengaitkan alam dengan Penciptanya.
vi. Dalam
Al-Quran pula, alam tabi’i meliputi seluruh langit dan isi kandungannya
serta penghuninya, bumi dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya dan juga
segala apa yang berada antara di langit dan bumi.
vii. Firman
Allah SWT dalam Surah Al-Fussilat ayat 53:
Terjemahan ayat :
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan
Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri
mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah
benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi
mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
viii. Daripada
ayat tersebut, Allah telah memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya di segenap
dan pelusuk penjuru kehidupan ini dan satu daripadanya ialah
melalui pengkajian-pengkajian sains, supaya menjadi jelas kepada manusia bahawa
al-Quran itu adalah satu kebenaran.
ix. Penemuan-penemuan
sains yang telah disentuh oleh Al-Quran ratusan tahun sebelumnya akan
menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan pada zaman akan datang bahawa
Al-Quran itu adalah satu kebenaran yang mutlak.
b. Fenomena alam tabi’i dalam al-Quran
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
Fakta Al-Quran mengenai kejadian alam
a. Alam ini diciptakan
oleh yang menciptkana dan bukan terjadinya dengan sendiri.
|
1) Firman Allah SWT dalam Surah
Al-Baqarah ayat 11
Terjemahan:
“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan
segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu,
maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu
menjadilah ia” (Surah
al-Baqarah : 117)
2) Surah Al-Furqan ayat 59
Terjemahan:
“Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala
yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas
Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal
itu kepada Yang Mengetahuinya”.
3) Surah Nuh ayat 15 – 16
Terjemahan :
"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana
Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan Ia
menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai
lampu (yang terang-benderang)”.
|
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
b. Alam diciptakan secara
berpasang-pasangan
|
i. Allah
memberitahu bahawa Dia telah mencipta semua kehidupan di alam semesta ini
secara berpasang-pasangan, baik dari alam, tumbuh-tumbuhan, manusia, haiwan,
hidupan seni dan lain-lain makhluk yang kita tidak ketahuinya.
ii. Penemuan
sains yang terbaru menunjukkan bahan-bahan (unsur-unsur) yang amat seni
mempunyai pasangan umpamanya sel.
iii. Sel
kulit tetap akan menjadi kulit dan sel daging akan menjadi daging.
iv. Kod
tersebut terdapat dalam molekul Deoxyribo – nucleic – asid (DNA).
1) Firman Allah dalam Surah ar-Ra’d
ayat 3:
Terjemahan :
“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang
luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta
sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia
jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam
silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan
Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir”.
2) Surah Az-Zukhruf ayat 12 :
Terjemahan :
“Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang
berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang
ternak yang kamu dapat mengenderainya”
3) Surah An-Naba’ ayat 8 :
Terjemahan :
“Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?”
|
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
c. Peredaran planet bumi
dalam orbitnya mengelillingi matahari.
|
i. Menunjukkan
bahawa alam ini dan seluruh isinya bergerak dalam paksinya mengikut yang
telah ditetapkan oleh Allah SWT.
ii. Sebenanrnya,
gunung-gunung juga bergerak, sedangkan kita sebenarnya tidak mengetahuinya
kerana ia tidak bergerak seperti geraknya awan.
iii. Menurut
fakta sains, planet Bumi ini berpusing atas paksinya satu pusingan dalam masa
24 jam dan dalam pada masa yang sama planet bumi bergerak menurut orbit
berpusing mengelilingi matahari.
iv. Tiap-tiap
satu pusingan orbitnya, Bumi mengambil masa lebih kurang 365 hari dan 6 jam
dan bergerak sejauh 585 juta batu iaitu beredar lebih kurang 18.5 batu sesaat
atau 66,600 batu sejam.
v. Merupakan
30 kali ganda lebih pantas dari kelajuan pergerakan peluru.
vi. Banyak
ayat al-Quran menerangkan mengenai peredaran alam ini antaranya :
1) Firman Allah dalam an-Naml ayat
88 :
Terjemahannya :
“Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya
tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan;
(demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan
serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat Mendalam Pengetahuan-Nya
akan apa yang kamu lakukan”.
2) Firman Allah dalam surah
Al-Anbiya’ ayat 33 menjelaskan mengenai peredaran matahari dan bulan :
Terjemahannya :
“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan
siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di
tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)”.
|
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
3) Firman Allah dalam
surah Yaasin ayat 38 menjelaskan juga mengenai peredaran alam ini.
Terjemahannya :
“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut
ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu
adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;”
|
|
d. Penciptaan
langit/
|
i. Allah
telah menciptakan langit dan meninggikannya da juga telah menyempurnakan
penciptaan-Nya daripada unsur-unsur dukhan (asap).
ii. Juzuk-juzuk
yang terdiri daripada jirim dukhan telah menjadikannya kuat
dan kukuh.
iii. Kemudian
langit itu dijadikan berlapis-lapis dan daripada unsur dukhan itu
terbentuknya bintang dan planet.
Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 11 :
Terjemahannya : “Kemudian Ia
menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih
berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu
berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!"
Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan
sukarela"
Al-Quran juga turut menggambarkan kepada kita
keadaan langit yang membuktikan tentang peristiwa Ira’ dan Mikraj Nabi
Muhammad SAW merentasi langit melalui pintu-pintu yang dijaga oleh para
malaikat menggambarkan alam ini mempunyai tutupan lahiriah yang bersifat
pepejal.
Firman Allah dalam Surah Al-Qaf ayat 6
menjelaskan peristiwa ini yang bermaksud :
“Maka apakah mereka tidak melihat akan
langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan
menghiasainya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun”.
Selain itu, terdapat juga ayat-ayat yang
menggambarkan keadaan pencairan yang berlaku kepada langit apabila suhu
meningkat terlalu tinggi iaitu dalam surah al-Maarij ayat 8 yang bermaksud :
|
“ Pada hari ketika langit seperti luluhan
perak”.
|
|
e. Kejadian
dan proses terjadinya awan
|
i. Awan
memainkan peranan penting dalam proses kejadian air hujan kerana awan menjadi
penyebab kepada satu proseskondensasi (proses gas air berubah
menjadi cecair).
ii. Kondensasi
hanya boleh berlaku pada permukaaan butir-butir debu, garam dan lainnya.
iii. Firman
Allah dalam surah an-Nur ayat 43 yang bermaksud:
“Tidakkah kamu melihat bahawa Allah
mengarakkan awan, kemudian mengumpulkan antaranya kemudian Dia menjadikannya
bertindih-tindih, maka kamu kan melihat hujan keluar dari celah-celahnya dan
Allah juga menurunkan air dari langit iaitu dari gumpalan-gumpalan awan
seperti gunung-gunung”.
|
f. Menjelaskan
mengenai wujudnya kejadian siang dan malam dalam Al-Quran
|
i.
Kejadian siang dan malam telah
diterangkan dalam Al-Quran.
ii.Dari
pandangan mata kasar, boleh dikatakan siang akan mendahului malam atau malam
akan mendahului siang tetapi dalam al-Quran menyatakan siang bukan mendahului
malam dan malam juga tidak mendahului siang.
iii. Bukti
dijelaskan dalam Al-Quran antaranya :
1) Dalam surah Yunus
ayat 6:
Terjemahannya :
“Sesungguhnya orang-orang yang tidak
menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan),
dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa
tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat
(keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami”.
2) Firman Allah dalam
Surah Az-Zumar ayat 5 :
Terjemahannya :
“Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada
faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang
(dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya);
dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap
satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah!
Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.”
|
g. Menjelaskan
berlakunya fenomena hujan.
|
i. Menjelaskan
serta menreangkan penurunan hujan dari langit dan diturunkan dengan kadar
yang tertentu.
1) Surah al-Baqarah
ayat 164 :
Terjemahan :
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan
bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang
belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia;
demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah
hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan
padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran
angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara
langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang
membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan
rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”
2) Surah az-Zukhruf
ayat 11 :
Terjemahan: “Dan (Dia lah) yang
menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan
dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula
kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).”
|
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
h. Kejadian matahari dan fakta mengenai
matahari
|
i. Matahari
adalah sebuah bintang yang jaraknya dengan bumi lebih kurang 148.8 juta
kilometer denan diameternya 1.4 juta kilometer.
ii. Matahari
adalah sebuah bintang yang sederhana dan mengeluarkan tenaga dalam bentuk
haba dan cahaya.
iii. Penghasilan
tenaga ini disebabkan berlakunya perlanggarannucleus hydrogen antara
satu sama lain.
iv. Proses
ini menyebabkan lahirnya beberapa lapisan matahari, iaitukoroma,
kromosfera dan fotosfera.
v. Koroma merupakan
lapisan matahari yang paling luar mengandungi gas panas suhunya dianggarkan
22 juta darjah celcius.
vi. Lapisan kromosfera pula
terletak di bawah koroma. Pada bahagian ini berlaku letupan
gas panas yang memancutkan hidrogen panas sehingga 10, 000 km.
vii. Manakala fotosfera mempunyai
suhu purata sehingga 6000 darjah.
viii. Matahari
berputar pada paksinya mengambil masa kira-kira 25 hari untuk melengkapi satu
pusingan.
ix. Pergerakan
kedua ialah beredar mengelilingi galaksi selaju 786,000 kilometer sejam
dengan mengambil masa 225 juta tahun untk satu revolusi.
x. Ayat
al-Quran mengenai matahari adalah dalam surah al-Anbiya’ ayat 33:
xi. Terjemahan
: “Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta
matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran
masing-masing (di angkasa lepas)”.
xii. Matahari
juga merupakan satu jisim haba dan cahaya seperti mana yang digambarkan dalam
Surah Yunus ayat 5 yang bermaksud :
xiii. “Dialah
yang menjadikan matahari bersinar (nur), bulan bercahaya (Dhiya’) dan
menerbitkan orbit (manzilah). (Surah Yunus : 5)
|
2) Menjelaskan fakta-fakta tentang
kejadian manusia dan proses kejadian manusia.
i. Dalam
Bahasa Arab, manusia disebut al-basyar dan perkataan yang sama
erti dengannya adalah an-nas, al-insan dan dalam bahasa Melayu
disebut sebagai pelupa.
ii. Al-Quran
menerangkan berkenaan ciptaan manusia dengan jelas dalam beberapa surah.
Antaranya firman Allah dalam surah at-Tiin :
a. Terjemahannya: “Sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”.
(
Surah at-Tiin : 4)
iii. Malaikat
telah sujud kepada Nabi Adam a.s setelah dicipta oleh Allah swt sebagai satu
tanda penghormatan yang agung. Adam a.s bukanlah makhluk ‘Homo
Eretus’ seperti yang dikatakan oleh Teori Darwin. Jika Adam a.s
adalah makhluk Homo Eretus’ sudah tentu Allah tidak
melantiknya sebagai khalifah Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 30
yang bermaksud :
a. “ Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini”.
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
||
a. Mengenai
penciptaan dan kejadian Adam a.s
|
Ø Allah menjelaskan kejadian dan
rupa bentuk Adam adalah sebaik-baik kejadian.
Ø Bukanlah berkembang dari satu
bentuk kepada bentuk yang lain mengikut perederan masa seperti dakwaan salah
oleh Darwin.
Ø Nabi Adam a.s diciptakan dari
tanah.
Ø Al-Quran menjelaskan dan
menggunakan beberapa istilah tentang kejadian manusia antaranya
1) Air (al-ma’) seperti
dalam al-Quran srah al-Furqan ayat 54.
2) Daripada tanah / debu (al-Turab) seperti
dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 59, al-Hajj ayat 5 dan Surah Fathir ayat
11.
3) Pati tanah (at-Tiin) seperti
dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 49, surah al-A’araf ayat 12, Surah
al-Isra’ ayat 61 dan Surah al-Mukminun ayat 11.
4) Tanah liat dansebati (tin
lazib) seperti dalam al-Quran surah al-Safaat ayat 11.
5) Tanah yang keras seperti
tembikar (shahshal) seperti dalam al-Quran surah al-Hijj
ayat 26, 28 dan 29, Surah al-Rahman ayat 14.
6) Tanah bumi (al-ardh) seperti
dalam al-Quran surah an-Najm ayat 32.
Ø Allah telah melantik Adam sebagai
khlaifah di muka bumi dan telah mengajar Adam a.s nama-nama benda seluruhnya
seperti yang telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 31.
|
||
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
||
b. Mengenai penciptaan hawa
|
Ø Al-Quran menceritakan penciptaan Hawa melalui
surah an-Nisa’ ayat 1 yang bermaksud:
“Hai sekalian manusia , bertaqwalah kepada tuhan-Mu
yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah
menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan
lelaki dan perempuan yang banyak….”
|
||
c. Penciptaan zuriat Adam
|
Ø Al-Quran menggunakan beberapa istilah
mengenai penciptaan zuriat Adam (kecuali Isa bin Maryam) antaranya :
1) Menciptakan kamu secara
berperingkat-peringkat seperti dalam Al-Quran surah Nuh ayat 14.
2) Zuriat daripada pati air yang
hina (ma’mahin) seperti dalam al-Quran surah as-Sajadah ayat
8 dan surah al-Mursalat ayat 20.
3) Daripada titisan air yang kotor
iaitu air mani (nutfah) seperti yang dijelaskan dalam
al-Quran surah an-Najm ayat 46 dan surah al-Qiamah ayat 37.
4) Menciptakan kamu dalam perut ibu
kamu dalam tiga kegelapan (fi zulumat thalathah) seperti
yang dijelaskan dalam surah az-Zumar ayat 6.
5) Janin dalam perut ibu (fi
butun ummuhat) seperti yang diterangkan dalam surah an-Najm ayat 32.
Ø Manusia biasa diciptakan melalui proses
tertentu yang memerlukan percantuman mani dalam rahim wanita seperti yang
dijelaskan dalam surah al-Qiamah ayat 37 hingga 40 yang bermaksud :
“Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah
menciptakannya dan menyempurnakannya. Lalu Allah menjadikan daripadanya
sepasang, lelaki dan perempuan. Bukankah Allah yang berbuat demikian berkuasa
pula menghidupkan orang mati”.
|
||
d. Peringkat kejadian manusia dalam
al-Quran
|
1) Nutfah (Air mani)
Ø Peringkat pertama bermula selepas
persenyawaan – berlaku pada minggu pertama dan bermula selepas percantuman
antara air mani lelaki dan perempuan.
Ø Nutfah disebut sebanyak 12 kali
dan perkataan air mani disebut dalam al-Quran sebanyak 13 kali.
Ø Antara ayat al-Qurannya adalah dalam
surah al-Insan ayat 2:
|
||
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
Terjemahan : “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara
mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih
lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan);
oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.”
Ø Selain itu, dalam surah an-Najm ayat 46 – 47
menjelaskan mengenainya yang bermaksud :
“Dan bahawa sanyalah Dialah yang menciptakan
berpasang-pasangan lelaki dan perempuan, dari air mani apabila dipancarkan”.
2) ‘Alaqah
Ø Perkataan bahasa ‘Arab yang bermaksud ‘sesuatu
yang tergantung, melekat atau bergantung’ kepada sesuatu yang lain.
Ø Mempunyai maksud perkataan lain iaitu ‘suatu
buku atau ketulan darah’.
Ø Perkataan ‘alaqah disebutkan
dalam al-Quran sebanyak lima kali iaitu dalam surah al-Hajj ayat 5, surah
al-Qiyamah ayat 37 – 40, surah al-Mu’min ayat 67 dan surah al-‘Alaq ayat 1
-3.
Ø Peringkat ini terbentuk pada hujung minggu
pertama atau pada hari ketujuh dan telur yang disenyawakan ini akan tertanam
di dinding (qarar makin).
3) Mudghah
Ø Terjadi pada minggu ke-4. Dalam al-Quran
menyebutkan ada dua mudghah iaitu mudghah mukhallaqah (sempurna)
dan mudghah ghair mukhallaqah (tidak sempurna).
Ø Peringkat ini terbentuknya otak, saraf
tunjang, telinga, dan anggota-anggota lain.
Ø Jantung juga sudah mula berdegup dan darah
sudah mula mengalir lebih banyak ke jantung bagi membekalkan oksigen
dan pemakanan yang secukupnya.
4) Nasyatan Khalqan Akhar
Ø Berlakunya pada akhir minggu ke-8.
Ø Perubahan berlaku iaitu pertukaran embrio
kepada janin.
Ø Semua tulang janin telah terbentuk dengan
sempurna. Pada bukan ke-4, pembentukan uri menjadi lengkap menyebabkan baki
pranatal bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang
telah wujud.
5) Nufkh ar-Ruh
Ø Proses peniupan roh berlaku selepas 40 hari
dan selepas terbentuknya organ seks.
|
2) Menjelaskan fakta-fakta tentang
kejadian haiwan dan alam fauna
a) Labah-labah
1. Allah menjelaskan penciptaan
labah-labah dalam al-Quran. Labah-labah mampu menangkap mangsanya yang sedang
terbang tinggi dari jarak setengah meter lebih.
2. Teknik yang digunakan oleh
labah-labah adalah menggunakan daya tekan hidrolik yang terdapat pada 8
kakinya.
3. Pada akhir penyerangan,
labah-labah menyerang ke arah mangsanya dan memakan dengan taringnya.
4. Secara alaminya,
labah-labah ini tidak terfikir bahawa mata-mata tambahannya mampu memberi
kemudahan kepadanya lalu ia kemudian menggunakan kemudahannya tersebut dengan
secara keseluruhan.
b) Lebah
1. Allah
menjelaskan dalam al-Quran dalam surah an-Nahl ayat 68 :
Terjemahannya : “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada
lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di
pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.”
( Surah An-Nahl : 68 )
2. Lebah madu
membuat tempat penyimpanan madu lebah dengan bentuk yang amat baik dan menarik
sekali. Para ahli matematik merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah
yang sangat cermat itu dalam mengendalikan tempat penyimpanan makanannya.
3. Lebah adalah
seekor binantang yang amat patuh pada perintah Allah apabila Allah menyatakan
buatlah sarang di gunung-ganang dan pokok-pokok kayu, maka lebah taat pada
perintah Allah.
4. Menggunakan
cara yang sangat menarik ketika membuat sarangnya yang mana dimulai dengan
membangunkan sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeza
seterusnya pada akhirnya mereka akan bertemu di tengah.
5. Madu lebah
yang telah dihasilkan tadi sebenarnya banyak kegunaan untuk manusia dalam
kehidupan. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 69 iaitu:
Terjemahannya :
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan
buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu
yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah
dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi
penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang
demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang
yang mahu berfikir.”
c) Fakta mengenai fauna
1. Dalam
al-Quran Allah menjelaskan dalam Surah al-An’am ayat 95 :
Terjemahannya :
“Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan)
butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari
yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu
kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembah-Nya
(oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutu-Nya)?”
2. Antara
fungsi tumbuh-tumbuhan adalah :
i. Sebagai
bahan makanan.
ii. Sebagai
hasil pendapatan manusia
iii. Menghalang
dari berlakunya hakisan tanah dan banjir
iv. Menyejukkan
muka bumi daripada kehangatan matahari.
v. Sebagai
bahan makanan bagi haiwan dan manusia seluruhnya
vi. Sebagai
punca untuk mengindahkan dan menceriakan alam ini.
vii. Sebagai
bahan ubat-ubatan kepada manusia khususnya herba-herba.
viii. Membekalkan
gas oksigen kepada hidupan dan menyingkirkan gas karbon
dioksida daripada atmosfera.
2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam
al-Hadith
1)
Pengertian Al-Hadith / As-Sunnah
i. Segala
apa yang datang dari pada Rasulullah SAW selain al-Quran sama ada dalam bentuk
perkataan, perbuatan mahu pun pengakuan Baginda yang boleh dijadikan dalil
kepada sesuatu hokum syara’.
- Al-Hadith
terbahagi kepada 3 iaitu :-
1) As-Sunnah Qauliyyah (perkataan)
– hadith-hadith yang dituturkan sendiri oleh Baginda SAW seperti sabdanya
mengenai kejadian Hawa yang bermaksud :
“Sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk
Adam”.
2) As-Sunnah Fi’liyyah –
perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Baginda SAW yang dimaksudkan untuk
dijadikan kepada hukum. Ini bermaksud, tidak semua perlakuan Baginda itu adalah
dianggap sebagai Sunnah. Contohnya adalah mengenai proses solat yang mana
sabdanya:
“Sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat aku
sembahyang”.
3) As-Sunnah Taqririyyah –
suatu persetujuan yang diberikan oleh Baginda SAW. Ini termasuklah diam Baginda
apabila melihat atau mendengar sesuatu perbuatan atau percakapan sahabat sama
ada di hadapan atau di belakang Baginda akan tetapi perkara itu telah
dimaklumkan. Oleh sebab Baginda tidak mengingkari perkara tersebut, maka jelas
menunjukkan pengakuan Baginda terhadap perkara tersebut. Sebagai contoh,
pengakuan Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin Jabal untuk berijtihad semasa
ketiadaan nas daripada al-Quran dan as-Sunnah.
2) Menjelaskan fakta-fakta tentang
kejadian manusia dan proses kejadian manusia dalam al-Hadith
a) Hadith
tentang kejadian manusia. Sabda Rasulullah SAW mengenai kejadian manusia adalah
sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’ud r.a
katanya : telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW dan ia yang benar
lagi dibenarkan (Rasulullah SAW yang benar dan dibenarkan segala tndakannya);
sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama
40 hari berupa air mani, kemudian jadi segumpal darah seperti yang demikian itu
40 hari, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian itu juga 40 hari,
kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan
diperintahkan menulis 4 kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalannya, dan celaka
atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya
salah seorang kamu mengerjakan dengan amalan ahli syurga sehingga tidak
ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu
atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan dengan amalan ahli neraka,
maka masuklah ia ke dalamnya; dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan
dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka
melainkan sehasta, kemudian terdahulu atsnya ketentuan tulisan lalu ia pun
mengerjakan pula dengan amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.
video : https://www.youtube.com/watch?v=nnfGr_22yw0 (wahyu Pertama)
:https://www.youtube.com/watch?v=kMgcwIuy3CU (peredaran bumi dan azan)
: https://www.youtube.com/watch?v=QncxZbGvg7g
(Mujizat Al-Quran dalam proses penciptaan manusia)
:https://www.youtube.com/watch?v=kMgcwIuy3CU (peredaran bumi dan azan)
: https://www.youtube.com/watch?v=QncxZbGvg7g
(Mujizat Al-Quran dalam proses penciptaan manusia)
KESIMPULAN
Untuk menganggap bahawa kewujudan
fakta-fakta saintifik dalam Al-Qur’an merupakan satu kebetulan adalah
tidak dapat diterima akal dan bercanggah dengan pendekatan saintifik sebenar.
Al-Qur’an mengajak semua manusia untuk merenung penciptaan alam semesta ini
dalah ayat yang berikut:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan
pergantian malam dan siang (ada) tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang
yang mempunyai akal (Aali – ‘Imraan : 190 )
Bukti-bukti saintifik di dalam Al-Qur’an membuktikan dengan
jelas bahawa ianya dari Ilahi. Tiada seorang manusia pun yang dapat mengarang
sebuah kitab, 1,400 tahu tahun yang lalu, yang mengandungi fakta-fakta
saintifik yang terperinci , yang mana hanya dapat ditemui oleh manusia beberapa
abad selepas itu.
Walau bagaimanapun Al-Qur’an bukan sebuah kitab sains , tetapi
ianya adalah sebuah kitab ‘Petunjuk’. Petunjuk-petunjuk ini mengajak manusia
supaya sedar tujuan kewujudannya di atas muka bumi ini, dan hidup penuh harmoni
dengan alam ini. Al-Qur’an sebenarnya wahyu dari Allah, Maha Pencipta dan Maha
Pemelihara alam semesta ini. Ia mengandungi mesej MengEsakan Allah, yang telah
diseru oleh semua Nabi dan Rasul, bermula dari Nabi Adam A.S, Musa A.S, Isa A.S
sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.
Beberapa karya panjang yang terperinci telah dikarang mengenai
Al-Qur’an dan sains moden dan penyelidikan selanjutnya dalam bidang ini sedang
berjalan. InsyaAllah penyelidikan ini akan membantu manusia untuk mendekati
ayat-ayat Allah yang Maha Berkuasa. Buku ini hanya mengandungi beberapa fakta
saintifik yang terkandung di dalam Al-Qur’an. Tidaklah adil bagi saya untuk
menyatakan bahawa saya telah mencakupi keseluruhan perkara tersebut.
Prof. Tejasen memeluk Islam hanya dengan kekuatan satu petunjuk
saintifik sahaja yang dinyatakan dalam Al-Qur’an. Ada orang yang mungkin
memerlukan sepuluh petunjuk, manakala yang lain memerlukan ratusan petunjuk
untuk meyakini bahawa Al-Qur’an sebenarnya ayat-ayat Allah. Ada orang
yang tidak dapat menerima kebenaranNya walaupun diberikan beribu petunjuk.
Al-Qur’an mencela orang-orang yang tertutup pemikirannya ini dalam ayat
berikut:
صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لاَ يَرْجِعُونَ
Mereka tuli, bisu ( dan) buta , maka mereka tidak dapat kembali
(keluar dari kesesatan) . ( Al-Baqarah : 18 )
Al-Qur’an mengandungi peraturan hidup yang sempurna bagi
individu dan masyarakat. Alhamdulillah, cara hidup yang ditunjukkan oleh
Al-Qur’an jauh lebih unggul daripada ‘ism-ism ‘ (anutan-anutan) yang direka
oleh manusia moden disebabkan kejahilannya. Siapa yang boleh memberikan
petunjuk yang benar kepada manusia selain dari Maha Pencipta manusia itu
sendiri?
Kami berdoa agar usaha yang sedikit ini akan diterima Allah, dan
padaNya kami mengharapkan rahmat dan petunjuk (Aamiin).
Nota: Kami mohon berbanyak maaf jika terdapat sebarang
kesilapan dalam terjemahan ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari
Allah, segala kesilapan adalah atas kelemahan diri kami sendiri. Wallahu’alam –kumpulan 3
LAMPIRAN
1.alam ini dicipta oleh ALLAH
2. Allah mencipta makhluknya dicipta secara
berpasang-pasangan
3.peredaran bumi mengelilingi matahari
4.penciptaaan langit
5.kejadian proses terjadinya awan
6.kejadian siang dan malam
7.fenomena hujan
8.kejadian matahari
9.proses kejadian manusia
10.Madu
11.labah-labah
RUJUKAN
1. Al-quran/terbitan
karya bestari sdn.bhd
2. Hadis/hadis
berdasarkan internet
5. Fathihah B., and Mahmood A.A., and Sidik K., and Salmah
I/, (2005) The Antiulcer
and Cytoprotective Effects of Ageratum Conyzoides - Honey Combination in Rats.
Journal of the University of Malaya Medical Centre (JUMMEC), 8 (1). pp. 28-32.
ISSN 1823-7339
6. Scientific wonders on the
space and earth by Yusuff Al-Hajj Ahmad
7. Explanatory Supplement to the Astronomical Almanac,
ed. P. Kenneth Seidelmann, Mill Valley, Cal., University Science Books, 1992,
p.48, ISBN
0-935702-68-7.